Pengumuman
Susun Mengikut Tarikh  
Data pager
12
Laman 1 dari 2
Lamandari 2 Saiz Laman:
18/09/2026

MAKLUMAN: PELAKSANAAN LOG MASUK TUNGGAL ePAYSLIP MOBILE MENGGUNAKAN MyDigital ID MULAI 1 JANUARI 2027


Mulai 1 Januari 2027, akses ke Sistem ePayslip Mobile akan beralih sepenuhnya kepada MyDigital ID sebagai akses tunggal log masuk. Walau bagaimanapun, bagi Sistem ePayslip Web, kaedah capaian sedia ada masih dikekalkan. Pengguna masih boleh terus mengakses ePayslip Web sama ada melalui MyDigital ID atau menggunakan kaedah log masuk dan kata laluan sedia ada.
Justeru itu, pengguna hendaklah mendaftar dan mengaktifkan MyDigital ID bagi membolehkan akses kepada Aplikasi ePayslip Mobile. Bagi tujuan pendaftaran dan penggunaan MyDIgital ID, pengguna hendaklah merujuk ke portal rasmi MyDigital ID di pautan https://www.digital-id.my.
Pelaksanaan ini adalah selaras dengan usaha memperkukuhkan keselamatan pengesahan identiti dan memastikan integriti data serta meningkatkan kemudahan dan kecekapan capaian perkhidmatan digital kerajaan.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

18 September 2026

10/08/2026

GANGGUAN CAPAIAN SISTEM


Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin memaklumkan bahawa Aktiviti Penyenggaraan iGFMAS dijadualkan seperti ketetapan berikut: 

TARIKH/MASA MULA:
14 OGOS 2026 (JUMAAT) 8.00 MALAM
TARIKH/MASA TAMAT:
16 OGOS 2026 (AHAD) 7.00 PAGI


Sepanjang tempoh tersebut, Sistem ePayslip tidak dapat diakses. Segala kesulitan amat dikesali.


Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
10 Ogos 2026

22/07/2026



NOTIS KESELAMATAN ICT


Elakkan penggunaan APKPure, APKCombo, Aptoide atau mana-mana sumber pihak ketiga. Aplikasi dari sumber tidak rasmi berisiko mengandungi malware, menyebabkan kebocoran data serta menjejaskan keselamatan peranti. Sila gunakan hanya aplikasi daripada platform rasmi.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
22 Julai 2026

15/06/2026


GANGGUAN CAPAIAN SISTEM


Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin memaklumkan bahawa Aktiviti Penyenggaraan iGFMAS dijadualkan seperti ketetapan berikut: 

TARIKH/MASA MULA:
19 JUN 2026 (JUMAAT) 8.00 MALAM
TARIKH/MASA TAMAT:
21 JUN 2026 (AHAD) 7.00 PAGI


Sepanjang tempoh tersebut, Sistem ePayslip tidak dapat diakses. Segala kesulitan amat dikesali.


Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
15 Jun 2026

26/05/2026

MAKLUMAN: MYDIGITAL ID SEBAGAI PILIHAN LOG MASUK ALTERNATIF BAGI SISTEM ePENYATA GAJI & LAPORAN (ePAYSLIP MOBILE)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan melaksanakan MyDigital ID sebagai pilihan log masuk alternatif ke aplikasil ePayslip Mobile. Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan kemudahan capaian sistem yang lebih pantas dan selamat kepada semua pengguna.
Penggunaan MyDigital ID di Sistem ePayslip (Mobile) akan mula dilaksanakan pada 15 Jun 2026 di mana akses log masuk sedia ada masih boleh digunapakai sehingga pemakluman pelaksanaan log masuk tunggal MyDigital ID ePayslip dikuatkuasakan.  
Sehubungan dengan itu, para pengguna adalah disarankan mendapatkan maklumat berkaitan aplikasi MyDigital ID di laman sesawang https://www.digital-id.my dan mendaftar aplikasi MyDigital ID di peranti masing-masing bagi memanfaatkan kemudahan baharu ini.



Sekian, terima kasih.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia26 Mei 2026

02/03/2026


MAKLUMAN: MYDIGITAL ID SEBAGAI PILIHAN LOG MASUK ALTERNATIF BAGI SISTEM ePENYATA GAJI & LAPORAN (ePAYSLIP)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan melaksanakan MyDigital ID sebagai pilihan log masuk alternatif ke portal ePayslip. Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk menyediakan kemudahan capaian sistem yang lebih pantas dan selamat kepada semua pengguna.

Penggunaan MyDigital ID di Sistem ePayslip (Web) akan mula dilaksanakan pada 31 Mac 2026 di mana akses log masuk sedia ada masih boleh digunapakai sehingga pemakluman pelaksanaan log masuk tunggal MyDigital ID ePayslip dikuatkuasakan.  Sehubungan dengan itu, para pengguna adalah disarankan mendapatkan maklumat berkaitan aplikasi MyDigital ID di laman sesawang https://www.digital-id.my dan mendaftar aplikasi MyDigital ID di peranti masing-masing bagi memanfaatkan kemudahan baharu ini.


Sekian, terima kasih.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
2 Mac 2026

11/02/2026

GANGGUAN CAPAIAN SISTEM


Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin memaklumkan bahawa terdapat gangguan capaian ke Sistem ePayslip seperti ketetapan berikut:

 


TARIKH/MASA MULA:
20 FEBRUARI 2026 (JUMAAT) 8.00 MALAM
TARIKH/MASA TAMAT:
22 FEBRUARI 2026 (AHAD) 7.00 PAGI


Sepanjang tempoh tersebut, Sistem ePayslip tidak dapat diakses. Segala kesulitan amat dikesali.


Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
11 Februari 2026

 

26/12/2025

PENGEMASKINIAN DAN PENGESAHAN
ALAMAT EMEL TERKINI DALAM SISTEM ePAYSLIP


Adalah dimaklumkan bahawa semua pengguna diminta untuk menyemak dan mengemaskini alamat emel TERKINI di dalam Sistem ePayslip. Penggunaan alamat emel yang tidak aktif atau tidak tepat akan menyebabkan kegagalan Tuan/Puan menerima notifikasi dari sistem bagi tujuan penetapan semula kata laluan (Lupa Kata Laluan).

 

Langkah-langkah pengemaskinian emel adalah seperti berikut:

  1. Log Masuk ke akaun Sistem ePayslip.
  2. Klik pada menu Profil Saya dan kemaskini maklumat Emel serta Emel 2 (emel alternatif).
  3. Pastikan alamat emel yang dimasukkan adalah tepat, aktif, dan terkini.
  4. Sila selesaikan proses dengan membuat verifikasi emel. Klik pada pautan pengesahan yang dihantar oleh sistem ke peti masuk (inbox) emel yang telah didaftarkan tersebut.

Kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai bagi mengelakkan sebarang kesulitan capaian sistem pada masa akan datang.

Sebarang masalah atau aduan boleh disalurkan ke
  https://bit.ly/aduan-epayslipjanm
.


Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
26 Disember 2025

15/10/2025

PERHATIAN KEPADA:
Semua pengguna Sistem ePayslip,
GANGGUAN CAPAIAN SISTEM
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin memaklumkan bahawa terdapat gangguan capaian ke Sistem ePayslip seperti ketetapan berikut:
TARIKH/MASA MULA: 15 OKTOBER 2025 (RABU) 1.00 PETANG
TARIKH/MASA TAMAT: AKAN DIMAKLUMKAN

Sepanjang tempoh tersebut, Sistem ePayslip tidak dapat diakses. Segala kesulitan amat dikesali.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
15 Oktober 2025

13/09/2025

PERHATIAN KEPADA:

Semua Pengguna Sistem ePayslip,

PENAMBAHBAIKAN SISTEM EPAYSLIP WEB DAN ePAYSLIP MOBILE APPLICATION

Dengan segala hormatnya perkara di atas Adalah dirujuk.

2.  Untuk makluman pihak tuan/puan, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia JANM telah mengambil inisiatif untuk menaiktaraf Sistem ePayslip Web dan ePayslip Mobile App. Penaiktarafan sistem ini adalah bertujuan untuk menambahbaik sistem sedia ada kepada sistem yang lebih mudah, mesra pengguna serta mempertingkatkan aspek keselamatan. 

3. Di antara ciri-ciri utama penambahbaikan baharu yang dibuat adalah dengan memperkenalkan kod QR di penyata gaji bulanan bagi mempertingkatkan aspek integriti, keselamatan serta perlindungan data gaji pengguna. Kod QR ini sebelum ini hanya ada di sub menu Penyata Untuk Pinjaman di mana ianya telah dikeluarkan dengan pelaksanaan penambahbaikan terkini yang telah dibuat.

4. Pihak institusi kewangan dan mana-mana pihak lain yang berkaitan boleh membuat pengesahan berkaitan kesahihan maklumat gaji kakitangan menggunakan kod QR berkenaan yang akan dilaksanakan mulai dari tarikh gaji bulan Oktober 2025 iaitu pada 16 Oktober 2025.

5. Panduan penggunaan Sistem ePayslip Web, ePayslip Mobile App dan Pengesahan Penyata Gaji berkaitan penambahbaikan system tersebut boleh dimuat turun melalui pautan berikut.

5.1 Tatacara Penggunaan ePayslip Web dan ePayslip Mobile App
5.2 Panduan Pengguna Pengesahan Penyata Gaji

6.  Sekian untuk makluman untuk perhatian dan tindakan pihak tuan/puan jua. 


Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
13 September 2025