Buka Semua Tutup Semua

Frequently asked questions (FAQs)

Penyata Gaji

  1. Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan/pindaan No. Kad Pengenalan dalam Penyata Gaji kerana berbeza dengan No. Kad Pengenalan asal?

    Anda dinasihatkan supaya menghubungi pegawai/kakitangan Unit Gaji/Pentadbiran anda supaya mengemaskini maklumat No.Kad Pengenalan anda yang sebenar. Kegagalan pengemaskinian ini akan menjejaskan capaian anda kepada ePenyata Gaji masing-masing.

    Bagi tujuan ini;
    1. Pengemaskinian ini turut perlu dilakukan di HRMIS oleh anggota sendiri.
    2. Pengemaskinian oleh Unit Gaji/Pentadbiran PDRM HQ, anggota PERLU mengemukakan salinan kad pengenalan masing-masing.


  2. Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan/pindaan No. Kad Pengenalan dalam Penyata Gaji kerana berbeza dengan No. Kad Pengenalan asal?

  3. Maklumat di Sistem ePenyata Gaji hanya akan dipinda setelah proses pembayaran gaji bulan berikutnya dan tindakan perkara (i) diambil oleh anda.
    1. Maklumat dalam Penyata Gaji yang dimuat naik ke dalam Sistem ePenyata Gaji & Laporan adalah berdasarkan maklumat yang dikemaskini di dalam sistem gaji di pejabat perakaunan tuan/puan.
    2. Anda dikehendaki menghubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat anda bertugas untuk sebarang pembetulan atau pindaan maklumat dalam Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan.
    3. Unit ePayslip TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG AUTHORITY / KUASA dalam apa jua pindaan atau penambahan maklumat di dalam Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan.


  4. Semasa mengakses Sistem ePenyata Gaji dan Laporan, anda mendapati masalah Penyata Gaji anda tidak wujud. Kenapa masalah ini berlaku?

    Penyata gaji bulanan diproses setelah Unit ePayslip mendapat maklumat gaji dari Pejabat Perakaunan. Penyata gaji tersebut akan dimuat naik sebaik sahaja pemprosesan berkaitan selesai.

    Ianya boleh dicapai selewat-lewatnya sehari sebelum gaji kakitangan awam bulan berkenaan.

    Sila layari http://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/pembayaran-gaji untuk mendapatkan maklumat tarikh pembayaran gaji bagi tahun semasa.


  5. Bagaimana untuk memperolehi Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan yang lama iaitu sebelum tahun 2010?

    Sistem ePenyata Gaji dan Laporan digunakan secara rasmi oleh penjawat awam mulai bulan Oktober tahun 2010. Sistem ini dilaksanakan selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2010 ketika itu.

    Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan yang dikeluarkan pada tahun-tahun SEBELUM Oktober 2010 adalah secara manual (hardcopy). Hanya SATU penyata sahaja yang dikeluarkan kepada setiap individu/penjawat awam. Tiada salinan simpanan yang disimpan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara. Tanggungjawab menyimpan dan melupus penyata tersebut adalah di bawah tanggungjawab individu sendiri.


  6. Berapa lama tempoh Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan disimpan di dalam Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?

    Sistem ePenyata Gaji dan Laporan hanya menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:
    1. 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan
    2. 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.

    Adalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan mengikut tempoh yg dinyatakan di atas.


  7. Saya ingin mendapatkan penyata gaji saya yang lama namun tidak terdapat didalam sistem. Apakah yang membolehkan saya mendapatkannya semula?

    Sistem hanya menyimpan maklumat penyata gaji bulanan bagi tempoh 18 bulan terakhir manakala maklumat Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun terakhir. Sistem akan mengeluarkan maklumat yang melebihi dari tempoh tersebut secara otomatik.

    Adalah menjadi tanggungjawab tuan/puan untuk memuat turun penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan ke dalam hardisk atau pendrive tuan/puan sebelum ia dikeluarkan dari sistem.

    Sila dapatkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata tahunan pendapatan yang melebihi tempoh yang dinyatakan di atas daripada Pejabat yang membayar gaji dimana tuan/puan berkhidmat ketika itu.



Penyata Pendapatan Tahunan

  1. Bagaimanakah cara untuk membuat pembetulan/pindaan ke atas maklumat yang salah dalam Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan? Contoh pembetulan maklumat: Nama penuh seperti dalam kad pengenalan, Potongan gaji, Jantina dan Tuntutan elaun.

    Maklumat di Sistem ePenyata Gaji hanya akan dipinda setelah proses pembayaran gaji bulan berikutnya dan tindakan perkara (i) diambil oleh anda.

    1. Maklumat dalam Penyata Gaji yang dimuat naik ke dalam Sistem ePenyata Gaji & Laporan adalah berdasarkan maklumat yang dikemaskini di dalam sistem gaji di pejabat perakaunan tuan/puan.
    2. Anda dikehendaki menghubungi pegawai/kakitangan di Unit Gaji tempat anda bertugas untuk sebarang pembetulan atau pindaan maklumat dalam Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan.
    3. Unit ePayslip TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG AUTHORITY / KUASA dalam apa jua pindaan atau penambahan maklumat di dalam Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan.


  2. Bagaimana untuk memperolehi Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan yang lama iaitu sebelum tahun 2010?

  3. Sistem ePenyata Gaji dan Laporan digunakan secara rasmi oleh penjawat awam mulai bulan Oktober tahun 2010. Sistem ini dilaksanakan selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2010 ketika itu.

    Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan yang dikeluarkan pada tahun-tahun SEBELUM Oktober 2010adalah secara manual (hardcopy). Hanya SATU penyata sahaja yang dikeluarkan kepada setiap individu/penjawat awam. Tiada salinan simpanan yang disimpan oleh pihak Jabatan Akauntan Negara. Tanggungjawab menyimpan dan melupus penyata tersebut adalah di bawah tanggungjawab individu sendiri.


  4. Berapa lama tempoh Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan disimpan di dalam Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?

    Sistem ePenyata Gaji dan Laporan hanya menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:
    1. 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan
    2. 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.

    Adalah menjadi tanggungjawab individu/penjawat awam untuk memuat turun kesemua penyata yang dikeluarkan bagi tujuan simpanan mengikut tempoh yg dinyatakan di atas.



Penyata Gaji Pinjaman (Kod QR)

  1. Bagaimana cara untuk mendapatkan salinan e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod untuk tujuan pinjaman?

    1. Klik pada submenu “Penyata Gaji” di bawah menu “Penyata Untuk Pinjaman”.
    2. Skrin pengesahan untuk masuk ke “Penyata Untuk Pinjaman” akan dipaparkan untuk memastikan anda ingin memuat turun penyata untuk pinjaman.
    3. Klik pada butang “YA” akan membawa anda ke skrin “Penyata Untuk Pinjaman” manakala klik pada butang “TIDAK” akan menghantar anda balik kepada skrin sebelum tekan ke menu “Penyata Untuk Pinjaman”.
    4. Pilih No. Gaji supaya penyata 3 bulan yang terkini akan dipaparkan di dalam jadual Penyata Gaji.
    5. Klik butang “OK” akan menjana penyata untuk pinjaman untuk bulan tersebut.
    6. Seperti yang disebutkan di dalam skrin, anda perlu memuat turun penyata untuk pinjaman tersebut dan membawa ke institusi kewangan seperti (LPPSA, bank, koperasi) untuk rujukan sebelum Tarikh Luput.

    Tatacara untuk muat turun e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod boleh didapati pada pautan berikut : Tatacara Penggunaan Sistem eSPGL pada muka surat 10.


  2. Berapakah tempoh sah bagi e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod?

    Tempoh sah laku e-Penyata Gaji JANM dengan kod QR adalah selama 30 hari. Ianya tidak termasuk hari Sabtu dan Ahad. Cuti umum diambil kira dalam tempoh sah laku tersebut.


  3. Bagaimana untuk mengesahkan e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod tersebut masih sah / telah tamat tempoh?

    Maklumat e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod boleh disemak melalui pilihan berikut:
    1. bahagian(column) Sah Sehingga apabila anda telah menjana e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod di bawah menu “Penyata Untuk Pinjaman” ;atau
    2. url https://payslipverification.anm.gov.my Anda perlu memasukkan maklumat No. Kad Pengenalan / No. Pasport, No. Gaji, QR kod & Captcha kod dan klik butang “Verify” ;atau
    3. bahagian maklumat Sah Sehingga di bawah QR kod pada Salinan Penyata Pinjaman.

    Tatacara untuk muat turun e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod boleh didapati pada pautan berikut : Tatacara Penggunaan Sistem eSPGL pada muka surat 10.


  4. Bagaimana sekiranya e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod telah tamat tempoh?

    Anda perlu menjana semula penyata gaji untuk pinjaman kerana penyata gaji yang dimuat turun tersebut tidak boleh digunakan lagi sebagai rujukan. Klik Menjana dan butang “OK” untuk menjana semula e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod yang baru.


  5. Berapa lama tempoh Penyata Gaji Pinjaman (Kod QR) boleh dijana?

    Tempoh janaan sah sehingga 30 hari waktu bekerja bermula daripada tarikh janaan dibuat.



Pentadbir ePenyata Gaji di Pusat Pembayar

  1. Bagaimana cara untuk memperbaharui peranan sebagai Pentadbir ePenyata Gaji di Pusat Pembayar masing-masing?

    Sila kemukakan permohonan tersebut kepada Pentadbir Sistem Pejabat Perakaunan JANM Cawangan negeri masing-masing bagi penetapan peranan tersebut. Anda dipohon mengemukakan bersama surat iringan dari ketua tempat bertugas yang menerangkan tujuan/maksud tersebut.

    Borang tersebut boleh dimuat turun melalui: https://www.anm.gov.my/images/dokumen/info/muat-turun/borang/Borang_Permohonan_ePayslip.pdf



Login Masuk Sistem

  1. Siapa pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan?

    Pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan terdiri daipada PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau Kementerian seumpamanya TIDAK TERMASUK kerajaan negeri, badan berkanun, agensi berkanun dan tentera.

    Tatacara penggunaan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan boleh diakses di lama web Jabatan Akauntan Negara Malaysia di pautan berikut: Tatacara Penggunaan Sistem


  2. Apakah yang perlu dibuat sekiranya menghadapi masalah selepas login?

    Anda yang menggunakan Internet Explorer versi 6 sehingga versi 9 yang menghadapi masalah paparan ePenyata Gaji atau eLaporan masing-masing, sila kemaskini (updates) perisian Microsoft Security mengikut versi browser Internet Explorer yang digunakan, sebagaimana yang disarankan oleh Microsoft Security Network (MSN).

    Anda juga digalakkan agar sentiasa membuat Clear Browsing Data / History browser yang digunakan pada komputer masing-masing agar tidak mengganggu capaian pengguna ke Internet. Sebarang masalah berkaitan updates perisian Microsoft Security dan Clear Browsing Data / History, anda perlu merujuk kepada Juruteknik atau Pegawai IT di tempat anda bertugas.



Pertama Kali Mendaftar

  1. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya mendapat sms/emel yang memberitahu Perkara: Reset Kata Laluan di Sistem ePenyata Gaji & eLaporan dengan disertakan kata laluan untuk memasuki sistem?

    Ini bermakna anda telah mengetik Lupa Kata Laluan dan sistem telah menghantar kata laluan sementara melalui emel atau/dan sms kepada alamat atau/dan no telefon yang didaftarkan didalam sistem.

    Sekiranya anda telah mendaftarkan emel dan no telefon anda yang sah didalam sistem dan sebenarnya anda tidak pernah pun mengetik Lupa Kata Laluan, sila abaikan sms/emel yang anda terima. Anda masih boleh memasuki sistem menggunakan kata laluan sedia ada.


  2. Apakah maklumat yang perlu disertakan semasa mengemukakan masalah/aduan?

    Anda dikehendaki menyertakan maklumat berikut untuk tujuan rujukan dan semakan:
    1. Jenis Masalah;
    2. Keterangan Masalah;
    3. Dokumen Sokongan; dan
    4. Nama Penuh;
    5. No. Kad Pengenalan;
    6. No. Gaji;
    7. No. Telefon;
    8. Alamat Emel;
    9. Nama Agensi Berkhidmat.

    Maklumat tersebut boleh diperolehi daripada Unit Gaji tempat anda bertugas.


  3. Bagaimanakah cara untuk menghubungi pihak pentadbir Sistem ePenyata Gaji dan Laporan sekiranya terdapat masalah/aduan?

    Anda dikehendaki mengemukakan masalah/aduan tersebut kepada Unit ePayslip melalui Aduan Google Form menggunakan capaian berikut https://bit.ly/aduan-epayslipjanm.

    Pihak kami akan membalas aduan anda melalui emel atau panggilan telefon.


Lupa Kata Laluan

  1. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya terlupa Kata Laluan atau menghadapi masalah No. Akaun tidak wujud?

    Sila ikuti langkah-langkah berikut:
    1. Anda dinasihatkan mencuba sekali lagi dengan menggunakan link Lupa Kata Laluan dan mengikuti arahan seterusnya dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan, Nombor Gaji dan masukkan CAPTCHA.Seterusnya klik butang Seterusnya.
    2. Seterusnya, klik butang Mohon Kod Sementara dan Kod Sementara akan dihantar melalui emel yang telah didaftarkan. Masukkan Kod Sementara yang diterima di medan Kod Sementara pada skrin yang tersedia dan klik Hantar.
    3. Jika tidak menerima kod sementara melalui emel, anda juga boleh memohon Kod Sementara melalui SMS dengan klik butang Guna Kaedah Lain. Seterusnya klik butang Mohon Kod Sementara. Masukkan Kod Semetara yang diterima di medan Kod Sementara pada skrin yang tersedia dan klik Hantar
    4. Anda akan diberi dua(2) pilihan. Jika anda ingin meneruskan aktiviti tanpa menukar kata laluan, klik Tidak. Jika Ya, anda perlu menukar Kata Laluan Baharu mengikut kriteria yang telah ditetapkan iaitu:


  2. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya mendapat sms/emel yang memberitahu Perkara: Reset Kata Laluan di Sistem ePenyata Gaji & eLaporan dengan disertakan kata laluan untuk memasuki sistem?

    Ini bermakna anda telah mengetik Lupa Kata Laluan dan sistem telah menghantar kata laluan sementara melalui emel atau/dan sms kepada alamat atau/dan no telefon yang didaftarkan didalam sistem.

    Sekiranya anda telah mendaftarkan emel dan no telefon anda yang sah didalam sistem dan sebenarnya anda tidak pernah pun mengetik Lupa Kata Laluan, sila abaikan sms/emel yang anda terima. Anda masih boleh memasuki sistem menggunakan kata laluan sedia ada.


  3. Saya telah melakukan lupa kata laluan, namun tiada maklum balas yang diterima melalui emel atau sms. Apakah yang perlu saya lakukan?

    Maklum balas tidak diterima kemungkinan disebabkan oleh perkara-perkara berikut iaitu
    1. Maklumat nombor telefon atau emel tidak dimasukkan kedalam sistem semasa tuan/puan membuat pendaftaran kali pertama; atau
    2. Maklumat nombor telefon atau emel yang didaftarkan didalam sistem tidak lagi sah atau bukan kepunyaan tuan/puan menyebabkan maklum balas tidak sampai kepada tuan/puan.

    Anda dikehendaki mengemukakan masalah/aduan tersebut kepada Unit ePayslip melalui Aduan Google Form menggunakan capaian berikut https://bit.ly/aduan-epayslipjanm


  4. Berapa lama tempoh kata laluan sementara?

    Tempoh sah kata laluan sementara adalah sehingga 30 minit.


  5. Saya menghadapi masalah ketika melakukan lupa kata Laluan/ tidak dapat meneruskan lupa kata laluan. Apa yang saya perlu lakukan?

    Anda perlu masukkan No. KP / No. Passport dan No. Gaji di medan yang disediakan. Pastikan No. Gaji yang dimasukkan tiada nombor kosong (0) dihadapan. Anda boleh meneruskan langkah seterusnya untuk mendapatkan Kod Sementara.

    Salurkan aduan ke https://bit.ly/aduan-epayslipjanm jika anda menghadapi masalah.

Aduan Sistem

  1. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya mendapat sms/emel yang memberitahu Perkara: Reset Kata Laluan di Sistem ePenyata Gaji & eLaporan dengan disertakan kata laluan untuk memasuki sistem?

    Ini bermakna anda telah mengetik Lupa Kata Laluan dan sistem telah menghantar kata laluan sementara melalui emel atau/dan sms kepada alamat atau/dan no telefon yang didaftarkan didalam sistem.

    Sekiranya anda telah mendaftarkan emel dan no telefon anda yang sah didalam sistem dan sebenarnya anda tidak pernah pun mengetik Lupa Kata Laluan, sila abaikan sms/emel yang anda terima. Anda masih boleh memasuki sistem menggunakan kata laluan sedia ada.


  2. Apakah maklumat yang perlu disertakan semasa mengemukakan masalah/aduan?

    Anda dikehendaki menyertakan maklumat berikut untuk tujuan rujukan dan semakan:
    1. Jenis Masalah;
    2. Keterangan Masalah;
    3. Dokumen Sokongan; dan
    4. Nama Penuh;
    5. No. Kad Pengenalan;
    6. No. Gaji;
    7. No. Telefon;
    8. Alamat Emel;
    9. Nama Agensi Berkhidmat.

    Maklumat tersebut boleh diperolehi daripada Unit Gaji tempat anda bertugas.


  3. Bagaimanakah cara untuk menghubungi pihak pentadbir Sistem ePenyata Gaji dan Laporan sekiranya terdapat masalah/aduan?

    Anda dikehendaki mengemukakan masalah/aduan tersebut kepada Unit ePayslip melalui Aduan Google Form menggunakan capaian berikut https://bit.ly/aduan-epayslipjanm


Mobile Apps ePayslip JANM

  1. Bagaimana untuk mengakses dokumen penyata gaji melalui aplikasi smartphone?

    Sekiranya anda menggunakan telefon pintar, dimaklumkan bahawa bagi mengakses dokumen penyata gaji adalah bergantung kepada aplikasi telefon anda. Sekiranya aplikasi telefon anda tidak menyokong untuk membaca format PDF, anda akan gagal mendapatkan penyata gaji anda. Oleh itu sila pasang aplikasi pdf reader didalam telefon pintar anda terlebih dahulu.

  2. Saya tidak dapat menggunakan Aplikasi Mudah Alih ePayslip JANM versi 1.0.0. Apakah yang saya perlu lakukan?

    Aplikasi Mudah Alih ePayslip JANM versi 1.0.0 telah diberhentikan (berkuatkuasa 1 September 2022). Sila kemaskini aplikasi versi terkini seperti pautan dibawah.

  3. Bolehkah Aplikasi Mudah Alih ePayslip baharu ini digunakan pada peranti Android, iOS dan Huawei?

    Ya, ia boleh dimuat turun dan digunakan pada ketiga-tiga jenis peranti. Anda boleh memuat turun aplikasi versi terkini seperti pautan dibawah.

  4. Saya tidak dapat log masuk ke Aplikasi Mudah Alih ePayslip.Apa yang perlu saya lakukan?

    Jika anda tidak dapat log masuk ke Aplikasi Mudah Alih ePayslip, ini mungkin disebabkan oleh salah satu sebab berikut:
    • No. KP/ No. Passport atau kata laluan anda salah. Jika anda lupa kata laluan, klik "Lupa Kata Laluan" untuk menetapkan semula kata laluan anda.
    • Sesi Log Masuk anda yang terdahulu masih aktif. Aplikasi Mudah Alih ePayslip telah menerapkan ciri-ciri keselamatan baharu, dimana log masuk berganda tidak dibenarkan. Anda boleh menunggu sehingga sesi log masuk di telefon pintar yang terdahulu tamat, atau anda boleh salurkan aduan ke https://bit.ly/aduan-epayslipjanm.
    • Akaun anda disekat. Klik "Lupa Kata Laluan" untuk dapatkan kata laluan sementara dan Log masuk ke Aplikasi Mudah Alih ePayslip menggunakan Kod Sementara dengan kadar segera. Seterusnya, tetapkan Kata Laluan baharu
    • Akaun tidak aktif. Sila hantar permohonan untuk mengaktifkan akaun anda melalui aduan ke https://bit.ly/aduan-epayslipjanm
    • Cache/Data Penuh. Sila clear cache/data ePayslip Mobile App melalui menu Setting Apps Management di telefon pintar, atau salurkan aduan and ke https://bit.ly/aduan-epayslipjanm.

  5. Saya menghadapi masalah ketika mengemaskini Aplikasi Mudah Alih ePayslip yang terkini. Apa yang saya perlu lakukan?

    Punca masalah tersebut berkemungkinan kerana konflik pakej sewaktu kemaskini Aplikasi Mudah Alih ePayslip. Anda perlu memadamkan Aplikasi Mudah Alih ePayslip versi terdahulu, kemudian memasang kembali Aplikasi Mudah Alih ePayslip versi terkini. Pautan Aplikasi Mudah Alih ePayslip terkini boleh didapati seperti pautan dibawah.


Lain-lain

  1. Apakah bank-bank yang terlibat dengan moratorium bermula 1 April – 30 September 2020?

    Bagi penjawat awam, pelaksanaan moratorium bermula gaji bulan April 2020 melibatkan bank-bank seperti berikut:-

    1. Bank di bawah agensi potongan gaji ANGKASA iaitu MBSB, BSN, Agro Bank, Koperasi CBP* dan Bank Rakyat
    2. PTPTN
    3. MBSB
    4. BSN
    5. Bank di bawah agensi potongan gaji Coshare iaitu Ar-Rajhi Bank dan Kuwait Finance Bank
    6. Bank di bawah agensi potongan gaji iDestinasi iaitu RHB Islamic

    *CBP : Koperasi CO-OPBANK PERTAMA MALAYSIA BERHAD

  2. Saya ingin menyemak maklumat potongan gaji ANGKASA saya. Dimanakah maklumat tersebut boleh didapati?

    Sila layari http://angkasa.coop/bm/index.php/spga/semakan-potongan-gaji-semenanjung


  3. Apakah pilihan telco yang ditawarkan di dalam sistem ePenyata Gaji & Laporan (eSPGL)?

    Pilihan telco yang ditawarkan di dalam sistem ePenyata Gaji & Laporan (eSPGL) adalah :
    1. Maxis
    2. Digi
    3. Celcom
    4. UMobile
    5. Tune Talk
    6. XoX
    7. Unifi Mobile (Berkuatkuasa pada 1 Septmber 2022)


  4. Saya adalah pengguna institusi kewangan. Bagaimana saya ingin menyemak dan mengesahkan penyata gaji penjawat awam yang berurusan dengan kami ?

    Sila layari https://www.anm.gov.my/pekeliling/garis-panduan/tatacara-penggunaan-modul-payslip-verification-bagi-institusi-kewangan


Keselamatan

  1. Saya telah berjaya Log Masuk ke Sistem eSPGL. Kenapa saya perlu Kemaskini Kata Laluan?

    Bagi tujuan keselamatan maklumat pengguna, sistem eSPGL telah ditambah baik dari masa ke semasa. Jika anda belum pernah mengemaskini kata laluan, anda perlu mengemaskini kata laluan sebelum anda boleh meneruskan aktiviti seterusnya atau menggunakan perkhidmatan eSPGL.

    Jika anda telah mengemaskini kata laluan dan anda perlu mengemaskini kembali, Kata Laluan anda telah tamat tempoh (120) hari berdasarkan ketetapan sistem eSPGL.


  2. Kenapa Kata Laluan yang saya masukkan tidak sah?

    Bagi tujuan keselamatan maklumat pengguna, sistem eSPGL telah ditambah baik dari masa ke semasa. Bagi pengurusan kata laluan, anda perlu mengikuti ketetapan kata laluan berdasarkan kriteria seperti berikut:
    • Patuh 8-12 char
    • Mengandungi sekurangnya 1 huruf besar
    • Mengandungi sekurangnya 1 huruf kecil
    • Mengandungi sekurangnya 1 nombor
    • Mengandungi sekurangnya 1 aksara khas @$!%?&*#
    • Kata Laluan Baharu tidak sama seperti tiga(3) kata laluan terdahulu.