Penggunaan Salinan e-Penyata Gaji Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Sebagai Dokumen Sokongan Permohonan Pembiayaan Perumahan LPPSA
Oleh Penjawat Awam Persekutuan
Dimaklumkan berkuat kuasa 1 November 2021, Penjawat Awam Persekutuan (perjawatan untuk Kementerian atau Jabatan Persekutuan) yang layak adalah dikehendaki mengemukakan salinan e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod. Tatacara untuk muat turun e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod boleh didapati pada pautan berikut:
Tatacara Penggunaan Sistem eSPGL
pada muka surat 10.
Tarikh Luput bagi e-Penyata Gaji JANM dengan QR kod adalah 30 hari tidak termasuk hari hujung minggu, Sabtu dan Ahad.