Pengumuman
Susun Mengikut Tarikh  
Data pager
1
Laman 1 dari 1
Lamandari 1 Saiz Laman:
28/11/2025



NOTIS KESELAMATAN ICT


Elakkan penggunaan APKPure atau mana-mana sumber pihak ketiga. Aplikasi dari sumber tidak rasmi berisiko mengandungi malware, menyebabkan kebocoran data serta menjejaskan keselamatan peranti. Sila gunakan hanya aplikasi daripada platform rasmi.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
28 November 2025

15/10/2025

PERHATIAN KEPADA:
Semua pengguna Sistem ePayslip,
GANGGUAN CAPAIAN SISTEM
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin memaklumkan bahawa terdapat gangguan capaian ke Sistem ePayslip seperti ketetapan berikut:
TARIKH/MASA MULA: 15 OKTOBER 2025 (RABU) 1.00 PETANG
TARIKH/MASA TAMAT: AKAN DIMAKLUMKAN

Sepanjang tempoh tersebut, Sistem ePayslip tidak dapat diakses. Segala kesulitan amat dikesali.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
15 Oktober 2025

13/09/2025

PERHATIAN KEPADA:

Semua Pengguna Sistem ePayslip,

PENAMBAHBAIKAN SISTEM EPAYSLIP WEB DAN ePAYSLIP MOBILE APPLICATION

Dengan segala hormatnya perkara di atas Adalah dirujuk.

2.  Untuk makluman pihak tuan/puan, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia JANM telah mengambil inisiatif untuk menaiktaraf Sistem ePayslip Web dan ePayslip Mobile App. Penaiktarafan sistem ini adalah bertujuan untuk menambahbaik sistem sedia ada kepada sistem yang lebih mudah, mesra pengguna serta mempertingkatkan aspek keselamatan. 

3. Di antara ciri-ciri utama penambahbaikan baharu yang dibuat adalah dengan memperkenalkan kod QR di penyata gaji bulanan bagi mempertingkatkan aspek integriti, keselamatan serta perlindungan data gaji pengguna. Kod QR ini sebelum ini hanya ada di sub menu Penyata Untuk Pinjaman di mana ianya telah dikeluarkan dengan pelaksanaan penambahbaikan terkini yang telah dibuat.

4. Pihak institusi kewangan dan mana-mana pihak lain yang berkaitan boleh membuat pengesahan berkaitan kesahihan maklumat gaji kakitangan menggunakan kod QR berkenaan yang akan dilaksanakan mulai dari tarikh gaji bulan Oktober 2025 iaitu pada 16 Oktober 2025.

5. Panduan penggunaan Sistem ePayslip Web, ePayslip Mobile App dan Pengesahan Penyata Gaji berkaitan penambahbaikan system tersebut boleh dimuat turun melalui pautan berikut.

5.1 Tatacara Penggunaan ePayslip Web dan ePayslip Mobile App
5.2 Panduan Pengguna Pengesahan Penyata Gaji

6.  Sekian untuk makluman untuk perhatian dan tindakan pihak tuan/puan jua. 


Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
13 September 2025

16/08/2025

PERHATIAN KEPADA:

Semua pengguna Sistem ePayslip,

PENAMBAHBAIKAN SISTEM ePAYSLIP

Adalah dimaklumkan bahawa beberapa penambahbaikan berkaitan aliran proses "Lupa Katalaluan" dan tambahan maklumat alternatif emel telah dibuat pada Sistem ePayslip. Pengguna boleh muat turun Dokumen Tatacara Penggunaan Sistem ePayslip yang telah dikemaskini melalui pautan Tatacara pada halaman Utama sistem atau pautan Tatacara Penggunaan

Sebarang aduan boleh disalurkan ke https://bit.ly/aduan-epayslipjanm.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
16 Ogos 2025

22/07/2025

PERHATIAN KEPADA:

Semua pengguna Sistem ePayslip,

GANGGUAN CAPAIAN SISTEM

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin memaklumkan bahawa Aktiviti Penyenggaraan Sistem iGFMAS dan Sistem Sokongan iGFMAS dijadualkan seperti ketetapan berikut:

TARIKH/MASA MULA:

 25 JULAI 2025 (JUMAAT) 8.00 MALAM

TARIKH/MASA TAMAT:

 27 JULAI 2025 (AHAD) 7.00 PAGI

Sepanjang tempoh tersebut, Sistem ePayslip tidak dapat diakses. Segala kesulitan amat dikesali.


Jabatan Akauntan Negara Malaysia
22 Julai 2025

26/06/2025

PERHATIAN KEPADA:

Semua pengguna Sistem ePayslip,

NOTIFIKASI KATA LALUAN SEMENTARA

Adalah dimaklumkan bahawa notifikasi kata laluan sementara melalui SMS (No Telefon Bimbit) akan ditutup untuk sementara waktu mulai 1 Julai 2025. Pengguna boleh menggunakan kaedah emel bagi menerima notifikasi kata laluan sementara. Tuan/puan yang mohon notifikasi kata laluan sementara melalui emel bagi fungsi “Lupa Kata Laluan”, diminta memeriksa folder inbox terlebih dahulu. Sekiranya tiada notifikasi “Lupa Kata Laluan“ di dalam folder inbox, tuan/ puan diminta memeriksa folder SPAM.

Pihak teknikal securiti MyGovUc juga memaklumkan tentang beberapa perkara berkaitan status penghantaran notifikasi emel seperti berikut:

1. Dalam tindakan penghantaran – Inbox penerima telah penuh menyebabkan kegagalan penerimaan emel notifikasi 

2. Bounced - Kesilapan alamat emel penerima, atau inbox penerima penuh atau alamat emel tidak dijumpai, alamat emel tidak aktif/tidak dikemaskini atau DNS penerima tidak dikemaskini, atau ditolak oleh server domain penerima.

 

Tindakan yang perlu dilakukan :

1. Kerap membuat housekeeping bagi folder inbox iaitu memastikan folder inbox tidak penuh.

2. Memeriksa folder SPAM di mana kemungkinan emel notifikasi tersebut telah dihantar tetapi dikategorikan sebagai SPAM 

3. Daftar alamat emel dan no. telefon bimbit yang betul dan terkini di dalam Sistem ePayslip.

Sebarang aduan boleh disalurkan ke https://bit.ly/aduan-epayslipjanm.


Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

26 Jun 2025

17/02/2025

PERHATIAN KEPADA:

Semua pengguna Sistem ePayslip,


GANGGUAN CAPAIAN SISTEM

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin memaklumkan bahawa Aktiviti Simulasi Pemulihan Bencana iGFMAS dijadualkan seperti ketetapan berikut:

TARIKH/MASA MULA:

 7 MAC 2025 (JUMAAT) 8.00 MALAM

TARIKH/MASA TAMAT:

 8 MAC 2025 (SABTU) 11.00 MALAM

Sepanjang tempoh tersebut, Sistem ePayslip tidak dapat diakses.

Segala kesulitan amat dikesali.


Jabatan Akauntan Negara Malaysia

7 Mac 2025

17/02/2025

PERHATIAN KEPADA:

Semua pengguna Sistem ePayslip,

 

GANGGUAN CAPAIAN SISTEM

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin memaklumkan bahawa Aktiviti Penyenggaraan iGFMAS dijadualkan seperti ketetapan berikut:

TARIKH/MASA MULA:

 21 FEBRUAR1 2025 (JUMAAT) 8.00 MALAM

TARIKH/MASA TAMAT:

 23 FEBRUARI 2025 (AHAD) 7.00 PAGI

Sepanjang tempoh tersebut, Sistem ePayslip tidak dapat diakses.

Segala kesulitan amat dikesali.

 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

17 Februari 2025

21/08/2024

PERHATIAN KEPADA:

Semua pengguna Sistem ePayslip,

 

GANGGUAN CAPAIAN SISTEM

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin memaklumkan bahawa Aktiviti Penyenggaraan iGFMAS dijadualkan seperti ketetapan berikut:

TARIKH/MASA MULA:

 23 OGOS 2024 (JUMAAT) 8.00 MALAM

TARIKH/MASA TAMAT:

 25 OGOS 2024 (AHAD) 6.00 PAGI

Sepanjang tempoh tersebut, Sistem ePayslip tidak dapat diakses.

Segala kesulitan amat dikesali.

 

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

21 Ogos 2024

12/08/2024

PERHATIAN KEPADA:

Semua pengguna Sistem ePayslip,

GANGGUAN CAPAIAN SISTEM

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin memaklumkan bahawa Aktiviti Penyelenggaraan iGFMAS dijadualkan seperti ketetapan berikut:


TARIKH/MASA MULA: 17 OGOS 2024 (SABTU) 8.00 MALAM
TARIKH/MASA TAMAT: 18 OGOS 2024 (AHAD) 4.00 PAGI

Sepanjang tempoh tersebut, Sistem ePayslip tidak dapat diakses.
Segala kesulitan amat dikesali.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
12 Ogos 2024