MAKLUMAN: PELAKSANAAN LOG MASUK TUNGGAL ePAYSLIP MOBILE MENGGUNAKAN MyDigital ID MULAI 1 JANUARI 2027
Mulai 1 Januari 2027, akses ke Sistem ePayslip Mobile akan beralih sepenuhnya kepada MyDigital ID sebagai akses tunggal log masuk. Walau bagaimanapun, bagi Sistem ePayslip Web, kaedah capaian sedia ada masih dikekalkan. Pengguna masih boleh terus mengakses ePayslip Web sama ada melalui MyDigital ID atau menggunakan kaedah log masuk dan kata laluan sedia ada. Justeru itu, pengguna hendaklah mendaftar dan mengaktifkan MyDigital ID bagi membolehkan akses kepada Aplikasi ePayslip Mobile. Bagi tujuan pendaftaran dan penggunaan MyDIgital ID, pengguna hendaklah merujuk ke portal rasmi MyDigital ID di pautan https://www.digital-id.my. Pelaksanaan ini adalah selaras dengan usaha memperkukuhkan keselamatan pengesahan identiti dan memastikan integriti data serta meningkatkan kemudahan dan kecekapan capaian perkhidmatan digital kerajaan.
Sekian, terima kasih.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
18 September 2026
PENGEMASKINIAN DAN PENGESAHAN ALAMAT EMEL TERKINI DALAM SISTEM ePAYSLIP
Adalah dimaklumkan bahawa semua pengguna diminta untuk menyemak dan mengemaskini alamat emel TERKINI di dalam Sistem ePayslip. Penggunaan alamat emel yang tidak aktif atau tidak tepat akan menyebabkan kegagalan Tuan/Puan menerima notifikasi dari sistem bagi tujuan penetapan semula kata laluan (Lupa Kata Laluan).
Langkah-langkah pengemaskinian emel adalah seperti berikut:
Kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai bagi mengelakkan sebarang kesulitan capaian sistem pada masa akan datang. Sebarang masalah atau aduan boleh disalurkan ke https://bit.ly/aduan-epayslipjanm. Jabatan Akauntan Negara Malaysia. 26 Disember 2025
NOTIS KESELAMATAN ICT